Tuesday, May 22, 2012

Perginya untuk selamanya..

Panggilan masuk...pukul 4pagi ayah tepon banyak kali...tapi aku xsedar..coz ngantok..ermm terkejut bile dapat berita atok meninggal...sedih,rase nak balik jee umah time tu,tapi ngantok lagi sebab tgah aritu pergi sunway lagoon pastu balik pergi bilik pojek siapkan FYP.balik kul 2pagi.

Pukul 7pg bangun mandi2 dan terus balik umah...sempat jugak tatap wajah atok untuk kali terakhir..hati sebak menahan tangisan...aku membayangkan andainyee aku yang berada di tempat atokku...cukup ke amalan dan bekalan yang nak aku bawak ke akhirat...di dunia aku banyak buat silap..kadang2 aku derhaka kat ibu bapa aku...kadang2 jugak aku meninggikan suara kat ibu bapa aku...amalan solatku yang tunggang langang..kadang2 solat kadang xsolat...auratku aku dedahkan kat org..seolah2 aurat aku nie dah cukup cantik untuk dipertontonkan pada orang keliling...aku sedar dgn kesilapan aku..tapi kenapa aku xboleh berubah...dating sane sini..maksiat yang aku buat..berpegangan tangan..berpelukan..didunia sedap yang aku nikmati...tapi dosa yg aku pikul di akhirat nanti...

Azab aku tak nampak didunia..tapi diakhirat kelak,rasakanlah bagaimana sedapnyee api neraka tu..aku seolah2 tidak dapat membayangkannyee...aku sedar dgn silap aku,org sekeliling aku tegur dgn aurat aku...ade jugak yg memuji rambut aku cantik,kulit aku cantik..tapi aku xkan cantik di akhirat kelak...cantik ke aku time kain kapan dibaluti seluruh tubuh aku...mukaku ditutup dgn kain kapan,org lain dah xkan nmpk kecantikan aku lagi,ALLAH akan menghitung dosa2 aku yg aku buat di dunia nie...

Aku membayangkan andainyee aku meninggal time aku melakukan kejahatan atau dosa...time tu aku mati dalam keadaan terdedahnyee aurat...time melakukan maksiat...sedihnyee hatiku ini....aku tak sempat bertaubat...ade lagi ke peluang untuk aku hidup kembali..??itu tidak sama sekali...semua tu cuma mimpi...MATI?itu semua sudah pasti..time muda pon boleh mati..ALLAH menarik kenikmatan didunia hanya sekelip mata saja....

Aku pernah jugak kata kat kawan2 aku...biler buat jahat,"alaaa rilekslah tak remajalah korang ni".... bile org tegur aurat aku..."ermm sekarangkan trend ko nie mcm kuno ar"...tapi biler aku tatap wajah arwah atokku..aku mula terpikir...time aku mati nanti..tade trend tok aku pakai kain kapan yg sengkat2,rambut aku leh berfesyen2...itu semua takan terjadi..kenapa?sebab kain kapan tu dah membaluti tubuhku....

Aku jugak membayangkan,andainyee aku mati..sempat ke aku meminta maaf kat kedua ibu bapa aku...sempat ke aku meminta ibu bapa ku menghalalkan makan minumku..sempat ke aku bertaubat sebelum ajal menemuiku....sempat ke aku meminta maaf kepada kawan2ku yang aku kutuk selama nie...aku menghina kawan2 ku di belakang mereke...aku mengata die,mengumpat sana sini...sempat ker..??wahai sahabatku,aku sedar dgn tingkah lakuku,tapi disebabkan kebiasaan mengumpat org,aku jd tak terkawal...maaf kwn2ku...

Hidup aku di dunia hanya sementara...aku masih dewasa...aku boleh enjoy sana sini...tapi kadang2 aku selalu lupekan ALLAH..knp aku kate mcmtu..sebab aku tinggalkan solat,time aku susah baru aku cari ALLAH..bile nak exam baru aku ingat kat ALLAH...aku sedar dgn kesilapan aku..aku ingin perbetolkannye..

Cukup ke amalan aku selama ni...aku dah cukup ke bawak bekalan di akhirat kelak...??aku mula terfikir sejak menatap wajah arwah atok aku...sentiase berada dlm bayangan ku..dalam mimpiku...YA ALLAH kuatkanlah semangatku ini..untuk berada di jalanmu...jauhkanlah aku daripada tipu daya syaitan yg menyesatkan aku...sedarkanlah aku biler aku melakukan kesilapan...Sesungguhnyee engkau maha pengasih lagi maha penyayang..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,
Maha suci Allah yang maha kuasa lagi kekal tanpa kesudahan. Maha suci Allah yang yang telah mengaturkan manusia seluruhnya terpaksa mmenempuh kematian, supaya dapat diujinya siapakah diantara manusia yang telah mengerjakan amal soleh dan membuat kebajikan. Maka segala derma bakti dan hasil dari amalan mereka semuanya dapat dilihat satu persatu pada hari yang ditetapkan.  Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Segala sesuatu yang lain dari Allah akan rosak dan binasa, kerana Allah lah yang mengatur segala-galanya dan kepada Allah lan akan kembali sekelian kita, maka berbahagialah sesiapa juga yang terselamat dan terlepas dari azab siksa neraka dan seterusnya mendapat anugerah nikmat yang berkekalan didalam syurga. Segala nikmat dan kesedapan yang bercorak keduniaan  hanya sementara waktu sahajaAllah menjadikan kamu seklian daripada tanah dan kedalam tanah pula kamu akan dimasukan dan daripada tanah juga kamu akan dikeluarkan semula.  Allah menjadikan kamu supaya menanggung amanah dan menjalankan kewajipan selama kamu hidup didunia, kemudian dimasukan kamu kedalam tanah untuk menjadi mangsa dan makanan ulat serta cacing yang tidak mengenal kamu siapa dan yang tidak teragak-agak atau bertempoh-tempoh lagi membaham dan memamah kamu sehingga berkecai dan hancur lebur segala urat dan daging kamu tanpa meninggal sebarang sisa-sisa. Hinggalah Allah perintahkan Malaiakat Israfil meniup sangkakala , maka dihidupkan kamu semula dengan serentak dan semasa untuk dibawa ke kehadapan mahkamah Qadi Rabbula Jalil, maka disanalah segala amalan dan pekerjaan kamu diperiksa buruk baiknya semuanya dibicarakan untuk dihukum dengan pembalasan  yang setimpal dan diberi ganjaran dengan adil dan saksama.Ku bersumpah dengan nama Allah yang maha besar, dengan nama Rasulnya yang mulia dan diatas Agama islam yang suci , apa yang akan disebutkan ini adalah perkara-perkara yang telah dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wataala. Dan benarlah segala Rasul-rasulnya yang telah menyampaikan janji-janji itu.Wahai saudara ku............................, wahai saudaraku..................................., wahai saudaraku..........................................Semoga Allah kurniakan kasihan belasnya keatas saudara, ketahuilah bahawa segala nikmat dan kesedapan dunia telah hilang dari saudara/saudari sekarang.  Saudara/saudari telah masuk kedalam sempadan akhirat dan tinggal disini sehingga hari kiamat.Wahai saudaraku........................................   Janganlah saudara/saudari lupakan perjanjian kita didunia iaitu perkataan...........sebutkan lafaz syahadah (maksudnya AKU NAIK SAKSI BAHAWA TIDAK ADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH, DAN AKU NAIK SAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH).Apabila datang dua malaikat yang ditugaskan memeriksa saudara/saudari dengan perintah Allah, jangan lah saudara gentar dan takut kepada mereka kerana mereka juga makluk Allah seperti saudara.  Mereka akan bertanya siapakah tuhan yang saudara sembah, siapah Nabi saudara, apakah iktikad dan kepercayaan saudara.  Diatas agama apakah saudara hidup dan mati, katakanlah kepada mereka Allah tuhanku yang sebenar-benarnya, bila ditanya lagi jawablah juga Allah tuhanku yang sebenar-benarnya.  Bila ditanya lagi bagi kali yang terakhir, maka jawablah dengan lidah yang lancar tanpa takut dan gentar kepada mereka, Allah tuhan ku, Mauhammad Rasullullah nabiku, Islam agamaku, Al-Quran pedomandan ikutanku, Baitullah khiblatku, sembahyang lima waktu kewajipanku, sekelian orang Islam adalah saudara-saudaraku, Ibrahim Al-Khalilullah bapa kepada agamaku, hidup dan matiku adalah diatas perkataan.  La ila ha illah, Ash'haduan la ila ha illah.  Ingat dan peganglah bersungguh-sungguh kenyataan ini selama-lamanya, ketahuilah bahawa saudara akan berada di alam barzah ini sehingga hari kiamat kelak.


YA ALLAH ya TUHANKU...ampunilah dosa arwah atokku...berikanlah kebahagian di akhirat kelak...ringankanlah azabnya..


No comments:

Post a Comment

 U & Me