Kau bawa cahaya di dalam hidupku
Di saat ku membutuhkan
Di jalanku yang tak terang
Hatiku bertanya benarkah ku telah berbakti
Ataukah ku saat ini hanya sekadar berjanji
Kau slalu ada saat jiwaku tiada
Kau beri cinta terindah
Saat hatiku terluka
Tak terbayangkan arti hidupku tanpa hadirMu
Kau hembuskan harapan ketika ku kehilangan
Hanya pada Mu ku kembali
Hanya karna Mu ku berjanji
Erti hidup hanya untuk Mu, ya Allah
Atas izinmu ku terlahir
Atas kuasamu kuberdiri
Iringilah setiap langkahku, ya Allah
dengan lafaz bismillah aku zahirkan lafaz untuk mengabdikan diriku dengan perjuangan.. dan dengan nama Allah aku bersumpah bahawa aku tidak akan meninggalkan perjuanganku walau apa jua yang berlaku.. namun kehidupan ini tak semuanya seperti yang kita mahukan. aku meninggalkan mereka selangkah demi selangkah.. sedangkan aku sebenarnya tidak merelakannya.. begitu juga mereka.. sungguh tidak ada yang merelakan apa yang berlaku .. cinta manusia itu membutakan mata hati dari melihat cinta agung Allahyang esa.. cinta manusia itu menjauhkan diri aku dari tuhanku.. dan aku merasakan bahawa jiwaku semakin tandus.. bahagiakah aku dengan cinta manusia yang tak tahu penghujungnya.. memang benar manisnya ada yang mengambil tahu .. menjaga dan menyayangi.. pun begitu cinta itu tidak memberi rasa seperti mana manisnya nikmat iman dan Islam.. tidak memberi rasa yang sama dengan nikmat rindukan Allah.. tak sama rasanya menangis bercerita dan merintih dengan Allah..walaupun dia selalu ada saat aku dalam kesusahan.. selalu bersedia mendengar cerita susah senang ku...
aku merasa kehilangan semua kemanisan itu.. dan aku sedar bahawa langkah aku meninggalkan apa yang aku miliki sebelum ini kerana cintaku adalah sia-sia..benar aku mencintai dia.. tapi cinta ku lebih banyak untuk Allah.. aku rindu untuk menghabiskan masaku dengan membaca kisah-kisah dalam Al-quran.. aku rindu untuk menahan n mendidik nafsuku dengan puasa...aku teramat rindu masa-masaku mengalirkan airmataku saat aku denganNya..
aku ingin kembali kepada aku yang dulu.. yang hidup dengan hati yang tegar melawan cinta manusia.. aku sedih hatiku semakin keras untuk menangis.. semakin sedih apabila aku tidak mampu
memberi masa lagi untuk semua yang pernah aku lakukan dulu.. masa2 ku byk dihabiskan dengan asgment dan dia.. YaAllah ampunkanlah aku.. terimalah aku kembali.. kerana aku bukanlah sesiapa tanpa petunjuk dan hidayahMu.. dan aku bukanlah sesiapa tanpa kasih dan sayangMu.. dan aku bukanlah sesiapa andai Engkau tidak ampunkan Aku..
Ya Allah...Ya Allah..Ya Allah.. aku cintakan dia.. dan kerana cintaku itu aku serahkan dia dalam jagaanMu.. aku tinggalkan dia dengan harapan cintaku padaMu akan lebih mekar dan berbunga.. aku nantikan teman hidupku yang Engkau takdirkan untukku.. andai dia bukan untukku aku terima kerana aku tahu Engkau lebih tahu apa yang baik untukku...
selamat tinggal kenangan.. selamat tinggal cintaku.. semoga akan ada ketenangan dalaam hati2 kita dan semoga Allah mengampunkan kita.. InsyaAllah ada jodoh kita jumpa lagi dalam suasana yang lebih baik dan dengan hubungan yang halal buat kita...
No comments:
Post a Comment