Saturday, December 10, 2011
Automated Resin Coated Keychain Machine
Bz dan terus Bz...walhal xdelah bz sgt..tp ternyata 2mgu lepas dyh bz..tido pon xcukup..mkn pon xtentu..sampai dah kurus dah nie pon..hehehe..perasan sungguh aku nie..ermm masa ohh masa..cepat sungguh ko berlalu tinggalkanku..andai dapatku undurkan masa byk bende yg ingin aku perbetolkan bende yg xbetol...byk bende yg ingin aku perbaiki yg mana yg tak sempurna..2mguu lebih dyh dan group dyh sibuk menyiapkan proposal n slide presentation..akhirnyee selesai jugak..inilah project yg bakal kami lakukan pada semester 6 nanti iaitu Final Year Project - Automated Resin Coated Keychain Machine....ermm nie jee mampu dyh cerite..hehehe..
Wednesday, November 9, 2011
UNICtv - Zikir Taubat Nasuha (UNIC)
Tuesday, October 11, 2011
Jeramtoi kenangan bersamamu..:))
panjang sgt kurus senang lambung tinggi2...
Panjang kene makan byk2 baru leh gemok mcm dyh..
Ti xde di lambung tinggi2..hehehe
Alahai semua lapar yeee...kesian-kesian-kesian...mkn byk2,ti sambung berenang lg eyh eyh...
Errmmm walaupon byk merapu n merepek dlm post nie tu jelah dpt dyh sampaikan...len kali kita wat lg eyh...
dyh post mende nie sebab nk btau nek sem nie jom kita berkelah lagi n pi sunway lagoon lak nk...jomlah kekawan kekawan sekalian.....heheh
Next time kita pergi lagi eyh...tp kali nie satu class kene pergi tau2...ti dah bis sem 6 dah susah nk jumpa semua org dah...
Seronok berkelah tenangkan hati,
Andai ada silap dan salah,
Mohon maaf sepenuh hati.
Kalau ada subur di ladang,
Boleh kita menumpang lagi,
Kalu ada umur panjang,
Boleh kita bertemu lagi.
Wednesday, October 5, 2011
Farewell abis praktikal
Ok kat bawah nie ade mcm2 gambar yg sempat di upload....sila tengok yeee...
Ok lah sampai sini dululah ea..dyh nk ucapkan terima kasih pada semua staff2 dyh bantu dyh dlm in-plant training kat freescale semiconductor petaling jaya..korg mang sempoilah n baik...terima kasih tau...
Thursday, September 22, 2011
I want u to speak english
Inilah masanya untuk dyh belajar bahasa english dengan baik...malu biler org bercakap pung pang pung pang dalam engliash...kita dok tercegat tak paham ape yg dorg ckp..nk comunicate pon malu2..tak yakin sebutan salah..tkt malu...hmmm mcmne yee dyh nk improve bi dyh nie...ti biler dah bekerje mesti susah nk comunicate dengan baik..nk kerja pon susah...nanti nk final year project nk wat presentation pon xyakin..biler org tanya kita dok ermm errmm nk balas tak tau dlm english..sedih lah time tu...
Dyh dah terlambat ker utk belajar english ea..kenapa biler dyh bljr english jekk cepat sgt lupa...adoiii dyh2,...ermm kene semangat utk bljr english semula..
Wednesday, August 24, 2011
Simbah Asid 2 hari berturut-turut
Simbah Asid – Simbah Asid Dua Hari Berturut turut
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki misteri bermotosikal sengaja menyimbah cecair dipercayai asid ke atas wanita yang ditemui di sekitar Brickfields di sini tanpa diketahui motif.
Malah, dalam kejadian terbaru kelmarin dan semalam, tiga wanita menjadi mangsa terkena simbahan cecair dilempar lelaki itu dengan seorang daripadanya cedera parah di muka dan badan serta dikhuatiri buta kekal pada kedua-dua matanya dalam kejadian berasingan di sekitar Brickfields.
Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 5.30 petang mambabitkan dua pegawai eksekutif di sebuah syarikat manakala kejadian kedua kira-kira jam 7 pagi, semalam membabitkan guru wanita yang sedang berjalan ke sekolahnya.
Mereka dihantar ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Mangsa pertama, Rohainah Hussin, 30, berkata, kejadian berlaku pantas menyebabkan dunianya gelap tiba-tiba.
Beliau berkata, ketika itu, dia bersama rakannya dalam perjalanan ke tempat letak kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Brickfields sebelum seorang lelaki bermotosikal melempar sejenis cecair ke arah mereka.
“Cecair itu terkena muka saya menyebabkan kedua-dua belah mata rosak, manakala muka sebelah kiri hingga ke leher terbakar.
“Rakan saya di sebelah juga terkena tempias di mukanya.
“Selepas kejadian, saya hanya mampu meminta tolong sebelum berlari bersama rakan ke arah paip berdekatan untuk membasuh muka,” katanya ketika ditemui di PPUM di sini, semalam.
Katanya, dalam keadaan tidak nampak itu, dia hanya mampu berpegang kepada rakannya sambil berjalan ke arah klinik berdekatan sebelum dibantu seorang lelaki.
Sementara itu, Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Khalid mengesahkan kejadian.
Sumber : MyMetro
Ps : Ni sindrom balas dendam pada wanita la ni… Mungkin penjenayah ni ada UnFinish Business denga kaum hawa dan menyebabkan dia berdendam, harap pihak berkuasa dapat menangkap penjenayah macam ni secepat mungkin sebelum makin ramai yang menjadi mangsa… dan kepada wanita berhati hati lah
Read more: http://dnobiz.com/berita-pilihan/simbah-asid-simbah-asid-dua-hari-berturut-turut/#ixzz1W07TqLNc